Friday, 27 December 2013

Soalan apakah itu.?

Asslammualaikum..
sepatutnya tulisan aku kali ini aku sudah berada di bumi anbia'..sepatutnya aku
sudah berada di ardul kinanah..tapi..aku masih lagi berada di tanah Malaysia..
InsyaAllah..aku akan ke sana semula..
Mohon doa dari kalian..semoga aku Diizinkan untuk kembali ke sana..
amiin ya rabb..
Ok..sebenarnya aku nak share satu perkara yang terjadi kat aku sendiri..
aku ditanya oleh seseorang yang hebat..ditanya oleh seorang yang berjaya dalam kerjaya..
tapi aku mula berfikir bila dia bertanya soalan2 yang aku rasa aku tak perlu untuk jawab..
soalan yang seolah-olah untuk mencari kesalahan bukan kebenaran..
''Idham..saya nak tanya sikit." dia menegur aku tiba-tiba..
dengan pantas aku katakan 'ya'..
Dengan nada yang agak keras..
"Macam mana jabatan agama islam boleh tahu tempat-tempat orang melayu islam berkhalwat?"
soalan yang ringkas tapi buat aku rasa tersentak..apa yang dia fikirkan sampai soalan begini yang terkeluar dari mulutnya.
Belum sempat aku menjawab soalan tadi,keluar soalan kedua pula..
"Kenapa mesti tangkap orang-orang yang tak puasa..biarlah diorang,bukan masalah kita"
aku terus terdiam..
""puasa atau tidak itu hak dia..antara dia dengan Tuhan..kenapa mesti orang lain nk sibuk"
pada aku,hujah dia makin mengarut..
kali pertama aku ditanya dengan soalan-soalan mengarut macam ni..
aku fikirkan jawapan..belum sempat aku jawab,dia pun beredar dari tempat itu..
apa yang dia cuba nak sampaikan..
sekadar bertanya atau mahu menegakkan benang yang basah..
walahu 'alam..
jawapan yang aku ada ni akan aku bagitahu dia bila aku jumpa dia..

No comments:

Post a Comment