Friday, 27 December 2013

Soalan apakah itu.?

Asslammualaikum..
sepatutnya tulisan aku kali ini aku sudah berada di bumi anbia'..sepatutnya aku
sudah berada di ardul kinanah..tapi..aku masih lagi berada di tanah Malaysia..
InsyaAllah..aku akan ke sana semula..
Mohon doa dari kalian..semoga aku Diizinkan untuk kembali ke sana..
amiin ya rabb..
Ok..sebenarnya aku nak share satu perkara yang terjadi kat aku sendiri..
aku ditanya oleh seseorang yang hebat..ditanya oleh seorang yang berjaya dalam kerjaya..
tapi aku mula berfikir bila dia bertanya soalan2 yang aku rasa aku tak perlu untuk jawab..
soalan yang seolah-olah untuk mencari kesalahan bukan kebenaran..
''Idham..saya nak tanya sikit." dia menegur aku tiba-tiba..
dengan pantas aku katakan 'ya'..
Dengan nada yang agak keras..
"Macam mana jabatan agama islam boleh tahu tempat-tempat orang melayu islam berkhalwat?"
soalan yang ringkas tapi buat aku rasa tersentak..apa yang dia fikirkan sampai soalan begini yang terkeluar dari mulutnya.
Belum sempat aku menjawab soalan tadi,keluar soalan kedua pula..
"Kenapa mesti tangkap orang-orang yang tak puasa..biarlah diorang,bukan masalah kita"
aku terus terdiam..
""puasa atau tidak itu hak dia..antara dia dengan Tuhan..kenapa mesti orang lain nk sibuk"
pada aku,hujah dia makin mengarut..
kali pertama aku ditanya dengan soalan-soalan mengarut macam ni..
aku fikirkan jawapan..belum sempat aku jawab,dia pun beredar dari tempat itu..
apa yang dia cuba nak sampaikan..
sekadar bertanya atau mahu menegakkan benang yang basah..
walahu 'alam..
jawapan yang aku ada ni akan aku bagitahu dia bila aku jumpa dia..

Thursday, 5 September 2013

Omong kosong

Asslammualaikum..
alhamdulillah..bertemu lagi aku dengan blog ni..
setelah berapa lama,akhirnya aku berpeluang untuk menaip sesuatu untuk isi blog aku yang kosong ni..
bukan main bergema lagi klu jerit kat dalam blog aku ni.
ok kawan2..hari ini hari terakhir bulan shawal untuk tahun ni,
aku harap ramai la yang da selesaikan puasa enam masing-masing..
kalau yang tak dapat selesaikan tu mungkin terlalu fikir untuk beraya lagi..
kan kan kan..?
Bulan syawal kali ni banyak sangat benda best yang terjadi kat aku dan family aku..
kalau aku nk cerita semua..memang tak habis aku nak menaip..
tapi segalanya Alhamdulillah..jadi macam apa yang telah dirancang
dan apa yang telah diusahakan bersama..
lebih-lebih lagi doa dari kawan-kawan..
yang memang doakan atau yang spontan..kan kata-kata tu doa..
ada beberapa bulan lagi sebelum aku pulang ke ardu kinanah..
walaupun ada suara-suara yang cakap supaya aku teruskan kat Malaysia..
tapi masih ada urusan aku yang belum selesai kat sana.
(walaupun ada rasa terkesan sikit bila family aku sendiri nak aku sambung Malaysia)
InsyaALLAH..sebelum aku balik Mesir..aku akan selesaikan apa yang sedang kami usahakan ni.
ok lah..aku rasa tu je aku nak luah hari ni..
ada masa,ada modal,aku share lagi..



*tiba-tibe teringat kat popice RM Bandung*

Kata Laluan:
8-9-10-11
alaa..x lama lagi la.. :)

Thursday, 14 March 2013

solatu bisalam :)

video

siapa-siapa yang biasa ikut perkembangan qasidah-qasidah
mesti pernah dengar qasidah ni..
qasidah yang biasanya disampaikan oleh Habib Syech Assaqaf..
tapi penulis asal sama ada habib sendiri atau orang lain tu tak pasti..
yang pasti
alunan suara sangat mantap..
makna qasidah sangat mendalam..




Wednesday, 13 March 2013

نسيم هبت علينا (naseem habat 'alaina)


video

Qasidah yang disampaikan oleh Abdul salam husaini..
Mengikut sumber,qasidah atau syair ni ditulis oleh Habib umar bin Hafiz..

Dengar..hayati..
*nanti kalau ada maksudnya,aku akan masuk kan..



 نسيم هبت علينا من حمى المصطفى # نسيم فيها الهنا فيها الدوا والشفاء 

بشمها يصلح الظاهر لنا والخفاء # يا بخت من للنبي في كل حال إقتفى 

 على قدم صدق مع أهل الهمم و الوفاء # هم الرجال الأكابر هم هم الشرفاء

هم أهل الاسرار هم أهل النقا والصفا # يا حادي أسجع فحالي بالنبي قد صفا

إذا بدت عين جود الله عنا عفا # ألله حسبي ونعم الحسب حسبي كفى

منه المواهب ومنه العافيه والشفاء # يا واسع الجود ربي خير عافي عفا

أمنن علينا برفقة عبدك المصطفى # أسلك بنا نهج من لهديه إقتفى

نثبت بديوان وراث النبي الخلفا # بجاه أحمد حبيب الله كنز الوفاء

عليه صلى إلهي ما الحيا وكفا # والآل والصحب ما برق السما رفرفا

Tuesday, 5 March 2013

tak ada apa sebenarnya

Assalammualaikum..

Dah sebulan rasanya aku tak tulis apa-apa kat blog aku ni..
Bukan busy..bukan tak ada masa..
Cuma jari malas nak menaip..otak malas nk susun-susun ayat..
ok..yang pertama sekali birthday aku awal bulan 2 hari tu..terima kasih kat siapa yang wish..
lebih-lebih lagi kay family aku..
tak banyak pun benda yang best masa birthday aku tahun ni..
sama macam dua tiga tahun lepas..sebab aku jauh di perantauan..kahkahakh..
umtuk bulan ni..kuliah da mula..semangat baru untuk aku ke kuliah..
da tak boleh nak malas-malas lagi..
kena cepat-cepat habis..tak boleh nak rugikan masa lagi..
tapi ada juga masa-masa yang terlepas..
bukan niat nak rugi kan masa..
tapi ada aktiviti-aktiviti yang lebih menyegarkan mata..(kat kuliah kadang-kadang mata ngantuk)
kahkahkah..
ok..tak ada apa lagi nak sambung..ni cuma satu senaman untuk jari-jari aku..
harap-harap pas ni rajin sikit nak menaip..

*sekadar payung stu gambar..

kata laluan:
berakit-rakit ke hulu..berenang-renang ke tepian..
*tak ada kena -mengena

Sunday, 6 January 2013

rahsia semut

sambil-sambil aku membebel pasal janggut tadi..aku dengar suria fm kt internet..
ada sorang caller ni,dia tanya..
"kenapa semut kalau dia bertembung dengan semut lain,mesti berhenti?"
aku pun tweet la soalan ni kat twitter..
tapi malangnya respon punyala sikit(sebab follower tak ramai..kahkahkah)
oke..bukan suria fm mahupun twitter yang kita nak cerita..
sebenar-benarnya kita nak cerita tentang semut-semut yang ajaib ni..
nak tau jawapan nya...?


*tak ada kena mengena dengan A Bugs Life.. :)


sebelum ni ada kajian yang dibuat oleh CSchneirla,seorang penyelidik di New York University..dia buat kajian macam ni..dia ambil beberapa ekor semut lepas tu dia letak semut-semut ni kat 1 bekas yang ada makanan..
semut-semut lain dia letak kat tempt yang ada semut-semut musuh...
lepas tu dia perhatikan semut-semut ni..
si Scheirla ni pun dapat jawapan..yang mana zat-zat kimia dari makanan ataupun dari musuh ni akan melekat pada semut tu..
jadi bila semut tu bertembung,mereka akan meyapa antara 1 sama lain..
sambil bagitahu sama ada kawasan tu ada makan atau tak..
ataupun kawasan tu ad musuh atau tak..
semut-semut ni bagi tahu guna antena yang ada kat kepala diorang tu..

suria fm..walaupun kadang-kadang kau main lagu entah apa-apa..
tapi info ni best..

Kata Laluan:
semut mahluk ajaib..

kelebihan berjanggut

Menyimpan janggut adalah sunnah Rasullullah S.A.W..
tu yang kita semua tahu kan..
menyimpan janggut sebab nak nampak hensem..ada juga yang macam ni..
menyimpan janggut sebab "kalau tak ada janggut macam mat jambu"
yang ni pun tak kurang..
disebalik sunnah menyimpan janggut ni,kita tau tak apakah kelebihan nya..??
haa..meh sini den nak kobar..antara kelebihan menyimpan janggut..