Sunday, 27 April 2014

Semoga Dipermudahkan

Assalammualaikum..
seminggu dua ni kepala aku sakit dek urusan dan masalah yang tak selesai-selesai..
sebenarnya aku nak share je dengan semua..
ada sesetengah manusia akan merungut setiap kali dia ditimpa masalah..
ada yang meraung..atau ada yang snggup nak bunuh diri disebabkan masalah dunia mereka..
kenapa boleh jadi sampai macam tu..?
mental tak kuat..? ataupun iman dalam diri yang tak kuat untuk halang perasaan macam tu..
bila kita ditimpa musibah atau masalah..jangan GIVE UP..!!
cuba sedaya upaya untuk selesaikan masalah kita tu..
sebab..!! ALLAH tak akan turunkan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya..
fikir yang orang lain ada masalah yang lebih besar dari kita...
janga berhenti berdoa..jangan berhenti usaha..
doa tanpa usaha pun tak guna bang..
seperti firman ALLAH dalam Al-Quran yang maksudnya..
"SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU
SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB MEREKA SENDIRI"

dan selalu la baca doa semoga urusan kite dipermudahkan..
doanya seperti di bawah..

Sunday, 30 March 2014

Assohib sahib

Assalammualaikum..
Lama juga aku tak tulis apa-apa kat blog aku ni..
makin hari makin aku dihimpit dengan kesibukan..chewwah..
Hari ni aku ada sikit kesempatan untuk buka blog aku ni..
bila aku baca satu persatu entri aku yang lama-lama,ada satu rasa yang datang kat aku..
Ya ALLAH..
Begitu cepat masa berlalu..aku masih belum puas ya ALLAH..
Masihkah ada lagi kesempatan untuk aku ke sana..?
Aku rindukan bumi anbia Mu..aku rindukan bumi Mesir..
Ku rindukan suasana islamiah di Mesir..Aku rindukan perjalanku ke kuliah..
Aku rindukan gelak tawa sahabat-sahabatku di sana..
Ya ALLAH..
Tiga tahun aku hidup jauh dari keluarga dan berada di samping sahabat-sahabat disana..
Jatuh bangun aku bersama sahabat yang ada dikelilingku..
Masalah yang datang,suka duka yang ada..semua kami bersama..
Subhanallah..tak tergambar rindunya aku kat semua..



Ahli baitku selama aku di Ardul Kinanah..
Hafiz(teta) - Shahrizan(ijan) - Kamarul(kam) 
Fikri(pandey) - Faris(kb) - Lutfi(putai) - Naqib
Amin - Saleh(wakleh) - Hisyam(macha)

Mereka ni la yang jadi rakan bergaduh aku..yang jadi rakan ketawa..yang jadi rakan bahan membahan..
Ada antara mereka yang dah tamat pengajian di sana dan telah pulang ke Malaysia..
Ada juga yang masih berjuang di bumi Anbia ini..
Ad'u lakum fi khair insyaALLAH..Aminn..

sa-nuqabbil maroh thani insyaALLAH..
wallahi ana Mustaq 'alaikum awi-awi..

aku sentiasa doakan korang berjaya dunia akhirat..
korang juga yang jadi keluarga aku selama aku kat sana..
doakan aku juga berjaya kat sini..
bila da balik Malaysia nnt,kita jumpa insyaALLAH..

ok lah..sampai sini je kot aku cerita tentang sahabat-sahabat aku..
sahabat dunia akhirat aku..




sebahagian dari ribuan gambar yang aku simpan sebagai kenangan aku..


walau dimanapun kita berada,perjalan tetap harus diteruskan..
keep walking..dont give up..

kata laluan:
imarah sittah wa arba3in..

Friday, 27 December 2013

Soalan apakah itu.?

Asslammualaikum..
sepatutnya tulisan aku kali ini aku sudah berada di bumi anbia'..sepatutnya aku
sudah berada di ardul kinanah..tapi..aku masih lagi berada di tanah Malaysia..
InsyaAllah..aku akan ke sana semula..
Mohon doa dari kalian..semoga aku Diizinkan untuk kembali ke sana..
amiin ya rabb..
Ok..sebenarnya aku nak share satu perkara yang terjadi kat aku sendiri..
aku ditanya oleh seseorang yang hebat..ditanya oleh seorang yang berjaya dalam kerjaya..
tapi aku mula berfikir bila dia bertanya soalan2 yang aku rasa aku tak perlu untuk jawab..
soalan yang seolah-olah untuk mencari kesalahan bukan kebenaran..
''Idham..saya nak tanya sikit." dia menegur aku tiba-tiba..
dengan pantas aku katakan 'ya'..
Dengan nada yang agak keras..
"Macam mana jabatan agama islam boleh tahu tempat-tempat orang melayu islam berkhalwat?"
soalan yang ringkas tapi buat aku rasa tersentak..apa yang dia fikirkan sampai soalan begini yang terkeluar dari mulutnya.
Belum sempat aku menjawab soalan tadi,keluar soalan kedua pula..
"Kenapa mesti tangkap orang-orang yang tak puasa..biarlah diorang,bukan masalah kita"
aku terus terdiam..
""puasa atau tidak itu hak dia..antara dia dengan Tuhan..kenapa mesti orang lain nk sibuk"
pada aku,hujah dia makin mengarut..
kali pertama aku ditanya dengan soalan-soalan mengarut macam ni..
aku fikirkan jawapan..belum sempat aku jawab,dia pun beredar dari tempat itu..
apa yang dia cuba nak sampaikan..
sekadar bertanya atau mahu menegakkan benang yang basah..
walahu 'alam..
jawapan yang aku ada ni akan aku bagitahu dia bila aku jumpa dia..